Sejarah- Lencana Sekolah

MAKLUMAT TAMBAHAN



1. PERTUKARAN LENCANA SEKOLAH



Sekolah Menengah kebangsaan Cheras telah mengambil langkah menukar lencana sekolah bentuk lama kepada bentuk yang baru yang lebih progresif.  Lencana ini telah ditukar pada tahun 1993 dan penciptanya ialah :

i.  Sharuan Fazual Sofian ( 2 Yakin )
ii.  Afif Zaky Muhammad ( 2 Cekal )

Tujuan lencana bentuk lama diubah kepada bentuk baru :

i. bentuk kunci pada lencana lama telah disalah tafsirkan kepada unsur-unsur yang boleh melemahkan usaha warga sekolah kearah merealisasikan kecemelangan dalam pelbagai aspek.

ii.  Bentuk kunci telah diubah kepada bentuk buku, topi siswazah dan roda.  Lambang-lambang berkenaan mencemerminkan fenomena yang sihat kearah mengukir kejayaan seiring dengan matlamat negara alaf baru demi memenuhi tuntutan wawasan negara.

iii.  Pelajar-pelajar kelahiran Sekolah Menengah Kebangsaan Cheras mampu bersaing berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan pelajar-pelajar dari sekolah yang terbilang.

iv.  Angin perubahan SMK Cheras dalam aspek kurikulum dan kokurikulum adalah seiring dengan perubahan lencana baru sekolah.  Kombinasi log danwarna baru adalah lebih menyakinkan yang melambangkan keberanian, ketabahan, keilmuan, keprihatinan, keimanan dan kecemerlangan.  Nama SMK cheras mula mengharum dan kejayaan-kejayaan yang ditempa telah berupaya meletakkan SMK Cheras bersaing dengan sekolah-sekolah terbilang.
 

blogger templates | Hak Cipta Terpelihara SMK CHERAS@2014