Sejarah Sekolah

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN CHERAS

ASAL USUL PENUBUHAN DAN PERKEMBANGAN


             Kawasan tinggalan lombong-lombong bijih yang terletak di tengah-tengah perjalanan antara Kuala Lumpur - Kajang , di batu 4 1/2 , Jalan Cheras, Kuala Lumpur, kini menjadi pusat penyemai ilmu kepada anak bangsa.  Dahulunya, di antara taburan kampung-kampung setinggan seperti Kampung Konggo dan Kampung Semerah Padi, tanah bekas lombong itu tidak mempunyai sebarang keistimewaan.
             Keadaan berubah apabila kawasan yang terletak lebih kurang 5 kilometer dari bandaraya Kuala Lumpur itu dibuka menjadi sebuah institusi pendidikan yang dinamakan Sekolah Menengah Jalan Cheras.
             Lokasi sekolah ini sememangnya strategik.  Bersesuaian dengan matlamat penubuhannya yang memberikan pendidikan kepada masyarakat setempat.  Sekolah Menengah Jalan Cheras muncul untuk menampung anak yang dahagakan ilmu dari kawasan yang berhampiran.  Sekolah yang terletak di kawasan seluas 14.6 ekar ini telah dapat menapung murid-murid berbilang kaum , lelaki dan perempuan disekitar kawasan Cheras.

             Sekolah Menengah Jalan Cheras, Kuala Lumpur telah ditubuhkan pada tahun 1964.  Pada peringkat awal sekolah ini terletak di SM Cochrane, Kuala Lumpur.  Pada masa itu sekolah ini merupakan sebuah sekolah menengah aliran Inggeris.  Pada Jun 1965, Sekolah Menengah Jalan Cheras telah berpindah kebangunan baru yang terletak di Jalan Tenteram.  Sekolah Menengah Jalan Cheras telah dirasmikan oleh Menteri Pelajaran Malaysia, Yang berhormat Encik Mohd Khir Johari pada 27 Mei 1969.

            Sekolah Menengah Jalan Cheras telah berkembang dari tahu kesetahun.  Jumlah pelajar pada tahun 1964 ialah 529 orang dan guru berjumlah 21 orang.  Kini pada tahun 2000 jumlah pelajar telah bertambah kepada 2893 orang dan guru berjumlah 138 orang guru.

            Pengetua pertama Sekolah Menengah Jalan Cheras ialah Encik Lim Eng Thye yang mula berkhidmat pada Januari 1964 hingga Mei 1965.  Kini nama Sekolah Menengah Jalan Cheras lebih dikenali dengan nama SMK Cheras dibawah pentadbiran pengetua kesepuluh iaitu Puan Mainumah bt Yahya yang mula berkhidmat sebagai Penolong Kanan Satu pada Oktober 1992 hingga Mac 1995 dan sebagai pengetua bermula pada Disember 1995 hingga 2000.

             Legasi ini diteruskan sehingga kini dibawah naungan Pengetua ke-16 iaitu Pn Hajjah Kamariah bt Abu.   Diharap SMK Cheras akan cemerlang gemilang.  CHERASIAN boleh!!!!!




 

blogger templates | Hak Cipta Terpelihara SMK CHERAS@2014